
Setiap tahun, Rowy pasti mengadakan hiasan booth tidak kira sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Lebih menguntungkan apabila Rowy dapat membuat projek DIY menggunakan bahan-bahan dari gudang ini sendiri seperti paip air dan kayu-kayan.


Hiasan booth hari raya berjaya disiapkan dalam masa tiga hari sahaja. Booth ini dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan seperti lampu kelip-kelip, batang lemang dan lain-lain. Terdapat juga beberapa jenis kuih raya yang terhidang di atas meja.


Pada 23 April 2022 yang lalu, Rowy telah mengadakan jamuan hari raya bersama-sama dengan semua pekerja. Jamuan ini berlangsung pada jam 7 petang sehingga 10 malam. Tema baju raya pada malam berkenaan ialah “Pakaian Hari Raya”. Pertandingan permainan tradisional seperti batu seremban dan gasing berlangsung sejurus selepas aktiviti makan-makan berakhir. Semua pekerja mengambil bahagian dan bermain dengan penuh semangat.


Juara bagi pemenang permainan batu seremban dan gasing masing-masing berjaya membawa pulang sebuah hamper yang besar. Dalam apa jua acara, Rowy pasti akan memberikan hadiah yang menarik kepada pekerja-pekerjanya. Saat yang paling menggembirakan apabila semua pekerja melayu mendapat hadiah duit raya. Pengasas Rowy Hardware, Mr Lew Kok Sin berkata, “Duit raya ini serba sedikit dapat meringankan beban pekerja melayu untuk berbelanja sempena hari raya dan sebagai tanda menghargai pekerja-pekerja yang selama ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang”.

Majlis sambutan hari raya aidilfitri berakhir kira-kira jam 10 malam. Semua orang berasa sangat gembira dengan semua aktiviti yang telah dijalankan pada malam itu. Dengan adanya aktiviti sebegini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pekerja tidak kira bangsa atau pangkat.